(Video&Gambar) Pagar Besi Roboh, Ada Penyokong Pengsan Semasa Berebut Beli Tiket Bola Di Stadium Darul Aman


Kehangatan aksi separuh akhir Piala Malaysia antara Kedah dan PDRM nampaknya begitu panas sekali apabila keadaan Stadium Darul Aman, Alor Star dipenuhi lebih dari 500 bermula 9 malam semalam di mana ada yang sanggup berkhemah di depan stadium sejak semalam untuk membeli tiket.

Namun pagi tadi bilangan penyokong bertambah kira-kira 10 kali ganda membuatkan barisan menjadi panjang di kuanter tiket yang di buka, namun keghiarahan ini sedikit dicemari dengan insiden yang tidak sedap didengar.

Dikhabarkan kerana terlalu ramai yang datang dan berebut membeli tiket di kaunter Pintu D , pagar yang memisahkan barisan antara penyokong telah roboh selepas digoncang segelintir penyokong dengan keadaan orang ramai berpusu-pusu membeli tiket.





Selain itu, ada beberapa orang penonton juga dilaporkan sesak nafas dan pengsan kerana bahang panas ketika berhimpit hingga keadaan perlu dikawal oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.


Berikut adalah suasana di Stadium Darul Aman pagi ini, dikatakan tiket sebanyak 30,000 keping habis dijual kira-kira jam 12.30 tengahari tadi dengan seorang dihadkan 3 keping tiket sahaja. -



- Siakapkeli.my

Kredit Gambar dan Video: Berita Harian, Harian Metro, Red Eagle

firdausishak 30 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?