Nur Darleen Dazeera (bertudung merah jambu) ditenangkan anggota keluarganya. Foto : Bernama. |
KUALA LUMPUR, 22 Sep: Nur Darleen Dazeera Azhar, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 yang dilaporkan hilang pagi tadi ditemui selamat pada jam 2.30 petang tadi.
Bernama melaporkan, pelajar berkenaan yang dilapor dilarikan individu tidak dikenali dibawa pulang oleh orang ramai ke rumah keluarganya kira-kira 2.20 petang.
Difahamkan, Nur Darleen ditemui oleh orang awam, iaitu Juliana Jeffery, di hadapan sebuah pasaraya berhampiran.
"Dalam masa perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak dia berjalan berseorangan. Saya pun pada awalnya tidak pasti itu dia tetapi disebabkan di dalam kereta ada kawan-kawan dia, jadi mereka mengenali dia dan mereka beritahu saya bahawa itu adalah Nur Darleen", kata Juliana menceritakan bagaimana dia menjumpai Nur Darleen.
Menurut Juliana lagi, Nur Darleen dalam keadaan menangis seperti ketakutan ketika ditemui.
Bapa saudara Nur Darleen yang dikenali sebagai Jalaluddin memberi pengesahan kepada BH Online bahawa Nur Darleen telah ditemui dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu.
Nur Darleen |
firdausishak 22 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?