Tiga Beranak Ditemukan Mati Dalam Pangsapuri di Segambut


Segambut, 26 Sep: Mayat seorang lelaki berusia 34 tahun dan dua anaknya ditemui di sebuah pangsapuri di Taman Sri Sinar dekat sini kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Menurut Harian Metro, apa yang menyayat hati adalah mayat kedua-dua anak lelaki berkenaan ditemui dalam bekas yang ditutup dengan plastik dan kain.

Kedua-dua anak lelaki itu masing-masing berusia 7 bulan (lelaki) dan tiga tahun (perempuan).

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy, mayat tiga beranak itu ditemui isteri mangsa sebelum menghubungi bapa mentuanya yang kemudiannya membuat laporan polis.

Katanya, polis percaya lelaki berusia 34 tahun itu sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu dan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya.

"Mayat dua anaknya masih dalam proses bedah siasat. Mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Polis turut menahan isteri mangsa berusia 35 tahun untuk membantu siasatan lanjut. Maklumat awal, pasangan ini difahamkan sudah berpisah dan isteri mangsa tidak tinggal di rumah ini ," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, setakat ini polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Roti Tisu 26 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?