Brazil - Setiap tahun, Dindim - seekor penguin Magellanic - akan terkedek-kedek berjalan menuju ke belakang sebuah rumah di Provetá Beach in Ilha Grande, Brazil.
Dan saintis percaya apa yang dilakukan oleh Dindim itu adalah kerana perasaan setia yang lahir apabila dia diselamatkan oleh seorang lelaki pada Mei 2011.
Jao Pereira de Souza - seorang tukang rumah yang sudah pencen - menyelamatkan Dindim ketika burung itu tidak dapat bergerak dan lemah disebabkan tersekat dalam tumpahan minyak di Rio de
Jao kemudian membawa Dindim pulang dan merawatnya sehingga pulih. Selepas beberapa hari, Jao melepaskan Dindim semula ke laut. Biarpun dibebaskan, Dindim kembali semula ke belakang rumah Jao setiap tahun.
Kisah Dindim dan penyelamatnya itu didokumentarikan oleh João Paulo Krajewski, seorang ahli biologi dan penyampai di Globo TV.
Menerusi satu emel kepada CNN, Krajewski berkata ketika penguin lain sibuk mengawan, Dindim pulang ke rumah penyelamatnya.
"Kami memang tidak tahu kemana Dindim pergi dan ianya satu misteri", kata Krajewski.
Namun pada Mac, saintis telah menanda Dindim untuk mengetahui pergerakannya.
"Buat kali pertama, kami ada bukti yang menunjukkan penguin yang pulang ke rumah en Jao adalah Dindim - kerana dia pulang dengan penanda yang sama.
"Ia tidur di kawasan belakang rumah En. Jao, yang bersambung dengan pantai. Dindim tahu kemana dia patut pergi apabila sampai di Ilha Grande, memandangkan selama empat tahun berturut-turut dia telah pergi ke kawasan yang sama iaitu belakang rumah En. Joe.
Menurut Krajewski, saat yang paling mengharukan yang sempat dia saksikan adalah bagaimana Dindim menyentuh muka Jao dengan lembut.
"Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara mereka dan Dindim sangat selesa apabila berada dekat dengan En Jao.", kata Krajewski.
Sumber : CNN
Roti Tisu 28 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?