KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd mengesahkan sudah mengambil tindakan pembetulan sejurus selepas insiden tersilap koordinasi yang mengakibatkan sebuah pesawatnya mendarat di destinasi salah pada 10 Mac tahun lalu.
Memetik laporan www.theguardian.com, pesawat berkenaan dijadualkan dalam penerbangan dari Sydney ke Kuala Lumpur tetapi sebaliknya mendarat di Melbourne.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan AirAsia X petang tadi, Ketua Komunikasi, Fairuz Majid, berkata keselamatan semua penumpang dan anak kapal adalah keutamaannya pada setiap masa.
Beliau berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya sentiasa memastikan audit keselamatan lulus yang dijalankan oleh pelbagai pengawal selia antarabangsa termasuk Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA).
"Turut dinaiktaraf adalah semua pesawat AirAsia X yang dilengkapi dengan sistem pengurusan penerbangan.
"Pihak kami juga membangunkan buletin latihan dan pakej untuk krew penerbangan. Ia menekankan pengendalian yang betul membabitkan penjajaran data udara dan sistem rujukan inersia selain," katanya.
Fairuz berkata, syarikat turut memberi taklimat kepada semua juruterbang mengenai penemuan siasatan dalaman dan selain mengkaji semula prosedur pemulihan yang akan diambil.
07 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?