Pegawai Kerajaan Dipecat Selepas Gambarnya Viral



TAISHUN - CHINA : Seorang pegawai kerajaan dibuang kerja selepas sekeping gambar yang merakamkan dia diangkat oleh dua orang lelaki ketika melalui kawasan berlumpur menjadi viral seterusnya mengundang kecaman.

Gambar lelaki berkenaan, Bao Xuwei, yang merupakan biro rasmi pendidikan di Taishun daerah Zhenjian, dirakam ketika melalui kawasan berlumpur itu selepas Taufan Meranti.

Selepas gambar itu menjadi viral, biro pendidikan tempatan mengumumkan mereka akan menjalankan siasatan terhadap insiden itu dan Bao dipecat dari jawatannya.

Menurut ECN, Bao mendakwa tindakan disabitkan oleh mahkamah pendapat awam adalah sesuatu yang salah.

Bao berkata, pada hari berkenaan dia terus pergi ke kawasan yang dilanda bencana selepas menghadiri mesyuarat dan tidak mempunyai masa untuk menukar kasut kepada kasut yang bersesuaian.

Ketika dia cuba mengelak dari terpijak lumpur, dua pekerja insuran mendekatinya dan mengangkatnya melalui kawasan tersebut dan kejadian itu cuma berlaku beberapa saat.

Sementara itu, pekerja berkenaan kemudian mengatakan mereka turut melakukan perkara itu kepada beberapa individu lain.

Dalam pada itu, jurugambar yang mengambil gambar berkenaan memohon maaf di atas kontroversi yang timbul dan berkata dia hanya mahu mengambil foto bagi menunjukkan sikap saling tolong-menolong.

Sumber : Sinar Online

Roti Tisu 25 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?