Paparan Skrin Smart Tag Rosak? Lelaki Ini Tunjukkan Cara Mudah Dan Berkesan Baiki Smart Tag


Smart Tag, kini merupakan satu keperluan kepada pengguna jalan raya terutamanya yang membawa kenderaan empat roda yang tinggal di bandaraya Kuala Lumpur.

Ini kerana keadaan kesesakan jalan raya yang sering berlaku di tol menyebabkan mesin pembayaran elektronik ini diperlukan tambahan pula sudah beberapa buah tol di telah memperkenalkan bayaran elektronik sepanuhnya.

Namun, ramai mengeluh paparan skrin smart tag model baru cepat rosak, disini admin ingin kongsikan bagaimana untuk memperbaikinya jika paparan skrinnya rosak atau tidak memaparkan jumlah kredit yang ada.

Jom kita bagaimana caranya memperbaiki smart tag berkenaan.

Dikongsikan oleh saudara Azarul Ridzuan Abu Bakar.

1.Geram je aku tengok display tak cukup sifat ni. Nak tengok baki pun susah, entah 30 ringgit ke 3000 ringgit baki. Biasa topup 5000 ringgit je


2. Alang2 nak repair display kita tukar bateri terus sebab bateri dah nak habis. Tekan punat dan tarik keluar penutup bateri untuk buka.

3. Nak buka skru2 tu pakai alatan yang sesuai. Screwdriver set macam ni boleh beli kat DIY bawah 12 ringgit

4. Cari mata skru yang sesuai. Yang ni star shape saiz kecik.

5. Buka dua skru kat penutup atas tu.

 6. Lagi satu skru bawah pelekat bar kod ni. Tebuk terus pun boleh tapi kalau masih dalam warranty guna lah pisau nak selak. Eleh macam lah tak biasa selak2 ni. Huhu.

7. Tudia satu skru, ha bukak lekaih.

8. Dah bukak tiga skru kat belakang tu umpil bahagian ni sebab ada 3 lock kat kawasan tu. Umpil pelan2 je nanti dah renggang boleh buka terus.

9. Tu nampak ada gigi lock kat celah tu.

10. Dah terbukak penutup atas, leklu belum setel.

11. Penutup sebelah bawah ni bukak klip kat sini dulu.

12. Buka satu2 klip, ada empat klip belakang ni.

13. Dah setel buka boleh tanggalkan penutup bawah dan penutup depan.

14. Ni dalam dia.

15. Rahsia nak bagi reben ni contact balik ialah kau gosok dengan pensel 2B pelan2 kat kawasan ni. Tolong hati2 dengan bahagian ni sebab senang tercabut.

16. Lepas tu kau periksa balik tengok display tu dah mula ok.

17. Jika display jadi hitam atau terkeluar tulisan2 aneh kau guna pemadam gosok kawasan tu jugak. Ulang sampai dapat hasil yang kau nak.

18. Cara nak periksa tu mudah, guna sebelah tangan pun boleh, letak kad t&g kat situ tekan suis guna test pen atau apa2 yang boleh sampai suis tu.

19. Nah dah kacak balik. Dah boleh pasang semula

20. Dah siap! Boleh la kau berlagak dengan kereta lembab yang lalu touch&go sebelah tu. Huhu.

Perkonsian yang menarik, Selamat Mencuba. -  Siakapkeli.my

firdausishak 29 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?