PUTRAJAYA: Tempoh moratorium perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang sepatutnya berakhir 14 September ini, dilanjutkan sehingga 31 Disember.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan itu dibuat Kabinet hari ini kerana masih terdapat 4.13 juta tan metrik bauksit yang belum dieksport keluar.
"Sebanyak 38 permit kelulusan (AP) dikeluarkan bagi membawa keluar 3.76 tan metrik bauksit tetapi masalahnya industri ini tidak aktif.
"Sejak Januari lalu, hanya 1.27 tan metrik bauksit sahaja yang dieksport keluar melalui Pelabuhan Kuantan dan Kemaman," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Pada 29 Jun lalu, Kabinet bersetuju supaya tempoh moratorium disambung sehingga 14 September 2016 atau sehingga kerajaan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dilaksanakan.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata, standard operasi prosedur (SOP) mengenai perlombongan dan pengendalian bauksit akan dibentangkan kepada Kabinet seawal-awalnya minggu depan.
Daripada Nazura Ngah 07 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?