PASUKAN siasatan bersama membentangkan keputusan awal siasatan jenayah ke dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17, di Nieuwegein. - Foto AFP
NIEUWEGEIN, Belanda: Peluru yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine dua tahun lalu, dibawa ke kawasan berkenaan dari Russia.
Penemuan itu diumumkan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) diketuai Belanda di sini, sebentar tadi.
"Berdasarkan siasatan jenayah, kami merumuskan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK siri 9M83 yang dibawa masuk dari wilayah Russia," kata Ketua Penyiasat Polis Belanda, Wilbert Pualissen.
Katanya, peluru berkenaan dilancarkan dari perkampungan dikuasai kumpulan pemberontak, Pervomaysk.
Beliau menambah, sistem pelancar peluru berpandu itu "kemudiannya dibawa pulang ke Russia." - AFP
28 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?