Kuala Lumpur, 25 Sep: Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul gelaran juara Terbuka Jepun buat kali keenam selepas mengalahkan wakil Denmark, Jan O Jorgensen hari ini dalam tiga set permainan.
Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan mencatat kemenangan 21-18, 15-21, 21-16 di Gymnasium Metropolitan Tokyo dalam permainan yang berdurasi selama satu jam sembilan minit.
Sebelum ini, Chong Wei meraih perak dalam acara perseorangan lelaki badminton di Sukan Olimpik Rio 2016 pada bulan lalu.
akmal aziz 25 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?