Pelajar Malaysia yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu di Perancis, Nur Shakinah Naim,19, dilaporkan selamat dan telah pulang ke rumah sewanya di Rouen, lapor Berita Harian.
Berita tentang Nur Shakinah ini disahkan sendiri oleh bapanya, Naim Awang, 46, di sini, sebentar tadi.
Ahad lalu, anak kedua daripada enam beradik itu dipercayai hilang di Normandy di utara Perancis yang terletak kira-kira 140 km dari ibu kota negara tersebut.
Menurut laporan, Norsakinah dikatakan keluar dari kediamannya pada jam 12 tengahhari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan kehilangannya disedari rakan serumah kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).
Beliau merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengikuti pengajian Kejuruteraan Kimia di Institute University of Technology (IUT) Rouen di Normandy, Perancis, sejak tahun lalu. - Siakapkeli.my
KEMASKINI MENYUSUL
firdausishak 29 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?