Badrul Hisham Mahzan meninggal dunia

Bekas Pengarah Jualan Iklan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Badrul Hisham Mahzan.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jualan Iklan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Badrul Hisham Mahzan, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.45 pagi selepas sembilan hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital KPJ Damansara.

Badrul, 57, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Adik Allahyarham, Imran berkata, jenazah abangnya akan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini, selepas solat Zuhur hari ini.

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim 15 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?