Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih bergerak perlahan setakat 10 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik perlahan di pertengahan Jambatan Pulau Pinang menghala ke Prai, Terowong Menora ke Jelapang dan di KM346 selatan Bidor ke Sungkai sehingga ke Slim River, Perak.

"Selain itu, aliran trafik terkawal di kawasan kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal di KM29 selatan dari Jitra menuju ke Hutan Kampung, Alor Setar.

"Aliran trafik meningkat di Tambak Johor di kedua-dua arah Malaysia ke Singapura," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik dilaporkan lancar dan terkawal di sepanjang lebuh raya arah utara dan selatan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

14 Sep, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?