Syria, 18 Ogos : Satu video yang dimuat naik oleh aktivis Syria; yang mana memaparkan seorang kanak-kanak diselamatkan dari runtuhan dan mengesat kepalanya yang diliputi darah, mencetuskan kemarahan ramai setelah video terbabit viral di media sosial.
Difahamkan, video itu diambil selepas satu serangan udara di Aleppo.
Kanak-kanak yang dikenalpasti oleh doktor sebagai Omran Daqneesh, 5, itu dirawat akibat kecederaan di kepala dalam kejadian Rabu malam.
Menerusi video berdurasi 54 saat itu, kelihatan Omran dalam keadaan terpinga-pingat duduk di atas kerusi selepas diselamatkan.
Kemudian, dia mengesat kepalanya sebelum kelihatan terkejut apabila melihat darah melekat di tangannya sebelum cuba mengesat darah itu di kerusi.
Ibu bapa dan tiga adik beradik Omran dilaporkan terselamat dari serangan itu.
Pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak telah meningkat sejak beberapa minggu lalu di Aleppo, meninggalkan beratus-ratus menjadi korban.
Pada Khamis pagi, wakil khas PBB, Staffan de Mistura telah menggesa kedua-dua pihak itu untuk menghentikan permusuhan selama 48 jam bagi membolehkan bantuan sampai kepada 2 juta orang yang terperangkap di sana. - Siakapkeli.my
Sumber : BBC
Roti Tisu 18 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?