POLIS anti-pengganas Indonesia membawa beg yang mengandungi senjata api dan bukti lain dari bangunan selepas serbuan di Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. - Foto Reuters
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura tidak terperanjat dengan penangkapan enam suspek militan di Pulau Batam, Indonesia, semalam kerana merancang serangan ke atas republik itu.
"Kami sedar rancangan dibuat untuk menyerang Singapura dengan roket.
"Serangan boleh dilakukan pengganas yang mahu memasuki Singapura dan ia juga boleh dilancarkan pengganas dari luar Singapura.
"Saiz kecil negara kami meningkatkan risiko itu," kata Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang, K Shanmugam.
Terdahulu, pihak berkuasa Indonesia menahan enam suspek militan yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan IS. - Reuters
06 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?