Thank you for using rssforward.com! This service has been made possible by all our customers. In order to provide a sustainable, best of the breed RSS to Email experience, we've chosen to keep this as a paid subscription service. If you are satisfied with your free trial, please sign-up today. Subscriptions without a plan would soon be removed. Thank you!
ARTIS veteran, Saharah Yacoob, menyambut Hari Raya Aidifitri bersendirian di kediaman beliau di Kampung Melaka, Cheras, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
HULU LANGAT: Penyanyi yang pernah digelar Tina Turner Malaysia, Sahara Yaacob, 60, terus kesepian pada 1 Syawal apabila tiada tetamu hadir menjengahnya di stor yang dijadikan rumahnya di Kampung Melaka, di sini.
Mengakui agak sedih dengan keadaan itu, Sahara atau nama sebenarnya, Zaharah Mohd Yaacob berkata, dia sudah biasa menghadapi suasana sama sejak tinggal bersendirian dua tahun lalu.
"Selepas berpisah dengan suami keempat pada tahun 1985 lalu, saya sudah merasa hidup bersendirian di stor ini. Bagaimanapun, saya kembali tinggal di bilik stor ini selepas bercerai dengan suami kelima, dua tahun lalu.
"Saya melihat jiran begitu gembira apabila rumah mereka dikunjungi sanak-saudara tapi saya tetap begini. Setiap kali raya, beginilah keadaan saya dan hanya mengharapkan makanan yang dihantar anak saudara ke rumah," katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya, hari ini.
BH Ahad sebelum ini melaporkan, Sahara yang terkenal dengan imej liar dan fesyen rambut ala 'terkena kejutan elektrik' hidup sebatang kara dalam bilik stor yang dibina di kawasan rumah arwah kakaknya di Hulu Langat, Selangor.
Selama ini, penyanyi yang pernah tampil `berani mati' dengan imej seksi dan berahi hingga mendapat jolokan simbol seks itu mula merahsiakan kisah hidupnya sejak meninggalkan persada seni pada tahun 2000.
Penyanyi lagu Sahara Blues itu berkata, setiap kali menyambut Aidilfitri, biasanya dia beraya bersama anak saudara bagi menghilangkan rasa kesunyian.
"Apapun saya sudah biasa dan selesa dengan keadaan ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa, cuma selepas kisah saya disiar di BH baru-baru ini, ramai kawan lama mencari dan mengucapkan Selamat Hari Raya.
"Pada masa sama, saya turut menerima bantuan RM2,000 daripada Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) semalam. Namun tidak sempat menggunakan duit itu untuk membeli baju raya.
"Jadi saya hanya pakai jubah dan apa yang ada kerana tidak sempat melakukan persiapan," katanya.
Oleh Nor Azizah Mokhtar 06 Jul, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?