Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun ditemui mati dalam keadaan masih menghadap komputernya ketika bermain permainan video atas talian.
Sehingga kini belum dapat dipastikan lagi punca kematiannya di mana ketika ditemui remaja berkenaan berada dalam keadaan masih duduk menghadap komputer di sebuah kafe siber di Desa Gedeg, Mojokerto, Jawa Timur.
Ketua Rukun Tetangga 16, Darmanto memberitahu akhbar Okezone, kejadian berlaku lewat Jumaat lalu dan punca kematian masih tidak diketahui.
"Saya dimaklumkan mangsa mulanya nampak kejang namun disangkakan bergurau. Tetapi tiba-tiba dia sudah tidak bernyawa," katanya.
Menurut pihak polis, ibu bapa mangsa yang tiba ketempat kejadian terkejut sehingga ibunya enggan membenarkan petugas Palang Merah mengangkat mayat anaknya itu.
Kematiannya ini menimbulkan pelbagai persoalan di mana ada yang mengatakan dia terlalu asyik bermain game sehingga terlupa makan dan ada yang mengatakan mungkin beliau terkena serangan jantung. - Siakapkeli.my
firdausishak 11 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?