PM umum projek RM20.2 juta di Cameron Highlands

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata, Cameron Highlands. - Foto Muhaizan Yahya

CAMERON HIGHLANDS: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan tiga projek bernilai RM20.2 juta di Parlimen ini, tahun depan.

Perdana Menteri berkata, projek terbesar membabitkan pembinaan Jalan Pos Betau-Pos Lenjang bernilai RM15 juta dan baik pulih masjid di Kampung Tanjung Gahai bernilai RM200,000.

Katanya, projek ketiga adalah pembinaan gerai bernilai RM5 juta dalam DUN Tanah Rata.

Najib mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata di sini, sebentar tadi.

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim 27 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?