Rio, 8 Ogos - Pelbagai kisah duka, perit dan pelik dapat disaksikan sepanjang Olimpik Rio yang baru sahaja berlangsung beberapa hari lepas.
Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan kisah seorang atlet gimnastik Perancis yang patah kaki (keting) ketika beraksi dan yang terbaru, orang ramai tertanya-tanya apakah parut-parut bulat yang wujud di badan ramai atlet ketika beraksi di Olimpik Rio.
Tanda-tanda merah itu mula mendapat perhatian setelah perenang dari USA, Micheal Phelps memenangi acara berenang 4x100m gaya bebas lelaki.
Dan sebagaimana yang sudah kita jangka, ia adalah bekas rawatan bekam, yang sudah menjadi amalam masyarakat kita di sini.
Mungkin bagi kita ia benda yang biasa sahaja, tapi bagi orang luar negara - terutamanya orang barat - ia merupakan sesuatu yang baru.
Cerita tentang parut-parut merah itu mendapat perhatian di beberapa portal antarabangsa, termasuklah Business Insider, BBC, CNN, Independent, inquisitr dan pelbagai lagi.
Di portal Business Insider sahaja, artikel mengenai bekam itu dibaca lebih 400,000 kali dalam masa beberapa jam ia dimuat naik.
Kini, sudah terbukti rawatan tradisional bekam tersangat mujarab sehingga diguna pakai oleh atlet-atlet sebelum beraksi dalam sesebuah kejohanan.
Kepada yang mahu membuka rawatan bekam, terutamanya di luar negara, ini mungkin masa terbaik kerana satu dunia sudah mengenalinya dan anda tidak perlu melaburkan wang untuk membuat 'marketing'. Terima kasih kepda Micheal Phelps. - Siakapkeli.my
Roti Tisu 08 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?