Olimpik: Tahniah perak Chong Wei

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Chen Long dari China, 18-21, 18-21 dalam masa 73 minit di final perseorangan lelaki di Pavilion 4 Riocentro. - Foto AFP**185072

RIO DE JANEIRO: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas di final perseorangan lelaki di Pavilion 4 Riocentro, sebentar tadi.

Kekalahan 18-21, 18-21 kepada Chen Long dari China dalam masa 73 minit itu juga menyaksikan harapan negara memenangi pingat emas pertama di Sukan Olimpik tidak kesampaian.

Ia juga kekalahan ketiga berturut-turut pemain nombor satu dunia itu di pentas final selepas tewas kepada Lin Dan di Beijing 2008 dan London 2012.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Chong Wei selepas berjaya mara ke final buat kali ketiga berturut-turut apatah lagi selepas berdepan rintangan besar termasuk digantung kerana masalah doping dalam persiapannya menghadapi temasya terbesar ini.

Daripada Hussain Said 20 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?