Najib Bersorak Kegembiraan Chong Wei Menang



KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Perdana Menteri, Najib Razak, bersorak kegembiraan di saat pemain badminton negara, Lee Chong Wei menang ke atas lawan tradisinya, Lin Dan dalam perlawanan semi final badminton individu lelaki Olimpik sebentar tadi.

Najib memuat naik gambar kegembiraan itu di Twitter beliau.

Difahamkan juga, Najib menyaksikan perlawanan itu ketika di dalam satu majlis makan malam di Yayasan Khazanah.

"Sengit betul! Tahniah @LeeChongWei berjaya tewas Lin Dan&ke final! Kami di mkn mlm Yysan Khazanah pun sorak gembira!", tulis beliau.

Roti Tisu 19 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?