Kes Bunuh Adik Edrus : Suspek Adalah Lelaki Warganegara Malaysia, Bekerja Sebagai Mekanik - Polis



KUALA LUMPUR: Polis menafikan suspek dalam kes kematian adik Edrus adalah etnik Rohingya sebagaimana yang dilaporkan beberapa media tempatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy, setakat ini, siasatan diklasifikasi sebagai kes bunuh dan hanya melibatkan seorang individu.

"Suspek yang merupakan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik, direman selama empat hari bermula Isnin lalu.

"Pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan reman suspek disambung sehingga Rabu bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama.

Pihak polis juga telah mengambil keterangan 10 individu termasuk isteri lelaki itu, anggota keluarga yang lain serta beberapa penduduk yang mengenali suspek dan mangsa.

"Ketika ditemui, mayat kanak-kanak berumur lima tahun itu dalam keadaan meniarap dan tangan dan kakinya diikat dengan tali kabel. 

"Mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak hari pertama dia dilaporkan hilang pada Khamis lalu (11 Ogos)," katanya lagi.

Polis menyiasat kes itu dari pelbagai aspek termasuk culik untuk mendapatkan wang tebusan, dendam dan juga serangan seksual. - Siakapkeli.my

Sumber : mStar Online

Roti Tisu 19 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?