Justin Bieber Tutup Akaun Instagramnya Yang Mempunyai 77.8 Juta Pengikut Selepas Tak Tahan Teman Wanita Kena Cemuh

Justin Bieber telah menutup akaun Instagramnya yang mempunyai 77.8 juta pengikut selepas menerima komen negatif dari pengguna media sosial itu yang berkaitan dengan kekasih barunya, Sofia Richie.



Sebelum menutup akaun instagramnya itu, Justin Bieber memberi amaran kepada peminat agar menghentikan cemuhan-cemuhan negatif.

"Saya akan memprivatekan instagram ini jika kamu semua tidak berhenti dari membenci dia", tulis Bieber.

Disebabkan komen itu, cemuhan-cemuhan negatif semakin membanjiri Instagram Justin Bieber dan akhirnya Instagram itu diprivatekan.

Selepas beberapa ketika, Bieber dilaporkan mempublickan semula akaun Instagramnya sebelum menutup akaun itu, seterusnya membuang 77.8 juta pengikutnya di media sosial tersebut.

Laman web instagram Bieber kelihatan sudah menunjukkan ralat "Harap maaf, laman ini tidak boleh didapati".


Difahamkan juga, keadaan di bahagian komen mula menjadi tegang apabila bekas kekasih Bieber, Selena Gomez mula masuk campur.

Selena menulis : "Jika kamu tidak boleh menerima cemuhan, berhentilah dari muat naik gambar teman wanita kamu, lol - ia sepatutnya menjadi istimewa antara kamu berdua sahaja. Jangan marah kepada peminat kamu. Mereka semua sayangkan kamu. Mereka semua sudah ada untuk kamu sebelum orang lain"

Bieber kemudian menjawab : "Lucu bila melihat orang yang pernah menggunakan saya untuk perhatian dan masih cuba menunding jari. Sedih".

Selena kemudian datang membalas : "Sangat lucu apabila seseorang tu menipu beberapa kali, dan menunding jari kepada seseoarng yang sentiasa memaafkan dan menyokong, tak peliklah kenapa peminat semua marah. Sedih.

Namun perkara ini masih belum berhenti setakat itu sahaja. Di laman 9Gag.com, netizen terus mencemuh Bieber dan mengkritik apa yang telah dilakukan olehnya.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang bergembira meraikan perkara itu dengan menggunakan hashtag  #JustinDeactivatedParty.

Sumber : Jezebel

Roti Tisu 17 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?