Hidup Senang Tanpa Powerbank Dengan Telefon Yang Berharga Dibawah RM1,000 Ini

Murah tapi berkuasa. Itu antara aspek penting yang dicari oleh pengguna-pengguna telefon pintar zaman sekarang.

Dengan aplikasi-aplikasi moden yang semakin memerlukan kuasa pemprosesan tinggi dan bateri yang banyak, orang ramai semakin beralih kepada sumber kuasa alternatif seperti powerbank. Tapi sejujurnya, powerbank sangat leceh untuk dibawa.

Dengan meletakkan penjimatan tenaga sebagai asas, pengeluar telefon pintar, Honor, memperkenalkan telefon pintar Honor 5C, sebuah peranti yang dikuasakan dengan cip Kirin 650 bersama bateri 3000 mAh.

Secara ringkasnya, kombinasi cip baru Kirin 650 dan bateri 3000 mAh akan memberikan pengguna sebuah telefon berkuasa tinggi yang dalam masa akan menjimatkan bateri.


Kirin 650

Kirin 650 merupakan cip yang dicipta bagi membolehkan telefon pintar bekerja dengan lebih pantas sambil menggunakan kuasa bateri yang minimum. Ini bermakna, pengguna Honor 5C boleh membuka aplikasi berprestasi tinggi tanpa mengorbankan sejumlah kuasa bateri yang banyak.

Teknologi FinFET boleh membenarkan haba mengalir dengan lebih baik di cip pemprosesan.

Cip Kirin 650 menggunakan teknologi 16nm FinFET, yang mana lebih kecil jika dibandingkan dengan teknologi 28 nm yang banyak diguna pakai sekarang.

Dengan 4 teras 2.0GHz dan 4 teras 1.7GHz yang lebih mampat dan kecil, Kirin 650 boleh menghasilkan lebih 65% peningkatan pada kuasa dan 40% pengurangan kehilangan kuasa jika dibandingkan dengan generasi cip-cip pemprosesan sebelum ini.

RAM 2GB
Cip berkuasa tinggi tidak akan lengkap dengan RAM yang rendah. Disebabkan itu, Honor melengkapkan Honor 5C dengan RAM sebanyak 2GB. Dengan kekuatan Kirin 650 dan 2GB RAM, Honor 5C boleh memberikan pengguna pengalaman yang lebih lancar ketika membuka aplikasi 'berat'.

Selain itu, GPU Mali 830 yang turut disertakan di dalam Honor 5C juga turut membantu telefon ini dalam memproses grafik yang tinggi.



Jimat Bateri

Jika pengguna masih merasakan bateri 3,000 mAh masih tidak mencukupi, mereka boleh menghidupkan mod 'Doze' di Andriod 6.0 yang didatangkan bersama-sama Honor 5C. Ditambah pula dengan teknologi power-saving Huawei 3.0 , kapasiti 3,000 mAh itu akan menjadi seolah-olah 4,000 mAh.
Harga RM799.00 di Vmall.my
Di Vmall.my, Honor 5C boleh didapati dengan harga serendah RM799.00 sahaja. Dengan ciri penting seperti DualSim LTE,  2GB RAM, kuasa CPU 2.0GHz dan bateri 3,000mAh telefon ini adalah juara dalam kategori harganya.

firdausishak 15 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?