Sebelum ini ramai tertanya-tanya dan mempersoalkan dengan kisah harga kereta, seperti kita ketahui ada harga kereta contohnya dari Proton, Toyota, Honda dan beberapa jenama lain telah naik pada awal tahun lalu.
Namun ada sesetengah jenama kereta dikatakan turun dan dijual dengan harga lebih murah berbanding keluaran awal seperti yang diterangkan oleh seorang selesman kereta bernama Fareezul Perodua.
Beliau telah memberikan contoh harga kereta jenis Produa Myvi 1.5 SE Automatik di mana berdasarkan pengalamannya sebagai seorang jurujual kereta berkenaan.
Menurutnya Myvi 1.5 SE berkenaan mengalami penurunan harga yang agak ketara berbanding keluaran tahun 2013 iaitu RM56,000 dan kini RM49,000 untuk kereta yang sama, TETAPI.. apa yang tetapinya? jom kita baca apa yang beliau huraikan.
Kita ambil contoh kereta Myvi, pada tahun 2013 untuk kereta Myvi SE Automatik adalah beharga RM56,000 dan pada akhir tahun pula harga turun kepada RM55,000, pada tahun 2015 harga atas jalan kereta ini adalah RM53,000 dan kini pada tahun 2016 harganya atas jalan tinggal RM49,000++.
Tetapi ada tapinya, purata empat tahun lepas kadar faedah(interest) hanya 2.8% hingga 3.2% tetapi kini kadar faedah semasa adalah 3.3% dan boleh mencecah 4%.
Berdasarkan pengalaman dalam bidang saya ini, sejujurnya, makin harga kereta turun, semakin tinggi majoriti tidak beli kereta baru kerana 'market trade in' akan jatuh dan ramai pelanggan ambil keputusan untuk guna kereta lama sahaja dan tidak mahu beli kereta baru.
Untuk harapkan pembeli kereta baru(first time buyer) hanyalah majoriti 'fresh graduate' yang bekerja dimana terdiri daripada lepasan diploma ke atas dan majoritinya juga yang telah disenaraikan dalam CCRIS oleh bank negara menyebabkan pinjaman kereta tidak diluluskan oleh bank.
Alasan pihak bank cukup kukuh, bayaran PTPTN RM100 pun tak dapat nak bayar, macammana nak luluskan pinjaman kereta RM400 sebulan.
Terdiam saya di situ, katakan ada yang membayar PTPTN sangat cantik, namanya bersih tetapi majoriti tidak mahu membeli Proton atau Produa, golongan ini selalunya cenderung untuk membeli kereta Honda dan Toyota yang beharga RM70,000 dan ke atas.
Kami semua 'Sale Advisor' kereta tidak kira apapun jenama akan memberi nasihat kereta apa yang mampu dia miliki dengan gaji dia, contoh kita nasihatkan kereta Axia beharga RM35,000 layak berdasarkan gajinya, tetapi mereka tetap berdegil kerana inginkan kereta impian yang berharga RM60,000.
Sudahlah mahukan kereta RM60,000 dan tidak layak berdasarkan pendapatan gajinya, pinjaman pula hendak buat pinjaman penuh.
"Soalan saya, kalau awak jadi bank, awak nak tak luluskan pinjaman pelanggan saya kalau dalam situasi begini?"
Ikutkan banyak lagi sebab, saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak, cuma ingin memberikan nasihat sebagai seorang 'sale advisor', belilah kereta yang mampu kita bayar bulanannya, jangan ikutkan nafsu, kalau ikutkan nafsu saya minat nak pakai Vellfir, tapi bila fikirkan balik, macam tak mampuanak bayar, jadi saya pakai Myvi sahaja sebab saya mampu dan memudahkan pergerakan saya.
Selain itu beliau juga ditanya oleh netizen, kenapa kereta terpakai masuk dijual dengan harga tinggi, kenapa tidak dijual dengan harga 'trade in' memudahkan orang ramai boleh ambil kereta dengan harga cash.
Berikut adalah jawapan beliau.
Memang diakui harga kereta terpakai tinggi, ini kerana kereta yang diambil(dari pembekal kereta terpakai) sebelum ini pun tinggi harganya, itu yang kita nampak, yang kita tak nampak ialah banyak pengusaha kereta terpakai gulung tikar disebabkan market untuk pinjaman pelanggan jatuh.
Contoh, dahulu Saga tahun 2012 loan untuk harga kereta terpakai boleh dapat RM25,000, majoriti pengusaha kereta terpakai akan jual kurang daripada RM25,000 untuk dapat pinjaman penuh.
Tapi sekarang pinjaman bank untuk Saga terpakai telah dikurangkan, kadang-kadang hanya RM20,000 pinjaman dari bank sedangkan waktu pengusaha ambil kereta(modal) itupun dan harga RM20,000 lebih.
Jadi pelanggan tidak dapat beli kereta terpakai secara pinjaman penuh tetapi cenderung membeli kereta baru sebab duit 'muka' sama jumlahnya.
Satu lagi, kebanyakkan majoriti orang Malaysia beli kereta akan beli secara pinjaman penuh tapi tidak kira detail jumlah interest yang akan dibayar mereka(untuk kereta terpakai).
Penurunan harga kereta secara drastik boleh dilakukan , contohnya Toyota vios harga baru RM80,000 tapi jual RM40,000, tapi boleh tak pelanggan semua sediakan 50% 'downpament' sebab bank hanya bagi pinjaman 50% dari harga kereta dan juga 'installment' selama lima tahun maksimum, interest tinggi melambung, duit muka pula RM20,000.
"Agak-agak boleh tak?"
Ada orang kata boleh, tapi bagi saya tidak boleh sebab yang datang kepada saya majoritinya nak beli kereta semua nak 'full loan,'. - Siakapkeli.my
Roti Tisu 16 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?