China - Dua wanita pengsan di atas jalan raya selepas terlibat dalam satu pertengkaran yang mengambil masa berjam-jam lamanya.
Kedua-dua wanita di wilayah Shanxi itu bertengkar di tengah panas terik berjam-jam, tanpa sebarang makanan atau minuman, menjerit ke arah satu sama lain sebelum pengsan di atas jalan.
Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka bertengkar tentang hutang. Kedua mereka bertemu sekitar jam 2 petang dan dua jam kemudian, salah seorang dari mereka menelefon polis.
Pegawai polis kemudian datang dan mencadangkan agar mereka menyelesaikan masalah itu di mahkamah, namun mereka berdegil, dan meneruskan pertengkaran itu.
Sekitar jam 10 malam, pegawai polis sekali lagi pergi ke lokasi untuk memeriksa keadaan dan mendapati mereka sudah pengsan diatas jalan.
Salah seorang dari mereka ditemui dalam keadaan mulut berbuih.
Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke hospital dan kini berada dalam keadaan stabil.
Di internet, netizen 'memuji' sifat dedikasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua wanita terbabit.
"Saya sangat kagum yang mereka boleh menjerit ke arah satu sama lain selama 8 jam. Selain itu, mereka juga 'berbaring' atas tanah secara bersebelahan dan ia sangat comel", kata seorang netizen.
"Cuma perasaan ingin tahu, adakah mereka merancang posisi untuk mereka pengsan?", tulis 7f705ec pula.
Seorang lagi netizen berkata : "Wow, saya tidak lagi akan meragui keinginan wanita untuk memenangi sebuah pertengkaran".
Roti Tisu 22 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?