Budak 10 Tahun Dapat Pampasan RM 625,000 Selepas Digigit Unta di Taman Safari

Virgina, 22 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun akan mendapat pampasan sebanyak $155,000 (RM 625,000) selepas dia digigit oleh seekor unta di sebuah taman safari di Virginia.

Media tempatan melaporkan, pampasan itu dipersetujui oleh Taman Safari Virginia di Natural Bridge.

Kanak-kanak tersebut, Madison Holland, mengalami kecederaan serius di lengannya apabila digigit oleh seekor unta ketika menghadiri satu parti hari jadi dan sedang menikmati pandu lalu di zoo berkenaan pada Mei 2015.

Holland akan menerima $10,000 (RM40,000) apabila dia mencapai umur 18 tahun dan $1,000 (RM4,000) setiap bulan selama 14 tahun selepas dia berusia 21. Selain itu pampasan itu turut menyertakan $40,000 (RM 161,000) bil perubatan dan perbelanjaan guaman.

Peguam keluar Holland, Brooks Hundley, berkata gigitan unta itu hampir mencapai tulang Holland, dan Holland akan mendapat parut kekal. Dia terpaksa berada di hospital selama tiga hari disebabkan gigitan itu.

Taman safari itu membenarkan pengunjung memandu kereta mereka di dalam kawasan. Haiwan seperti unta, Ilamas dan Zebra biasanya akan menghampiri kereta untuk diberi makan dari bakul bijiran. Bagaimanapun, Holland digigit ketika menaiki kereta wagon dan ketika itu dia tidak cuba memberi unta tersebut makan.

"Untuk membenarkan haiwan liar berinteraksi dengan manusia, saya rasa mereka perlu bersedia dari segi keselamatan dengan lebih ketat", kata peguam itu. - Siakapkeli.my

Sumber : The Guardian

Roti Tisu 22 Aug, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?