JAMBATAN Helix (kiri) dan Marina Bay Sands. Enam warga Indonesia ditahan di Pulau Batam, hari ini kerana disyaki merancang serangan ke atas Singapura. - Foto Reuters
JAKARTA: Enam warga Indonesia ditahan di Pulau Batam, hari ini kerana disyaki merancang serangan ke atas Singapura, kata jurucakap polis Indonesia.
"Apa yang kami faham setakat ini mereka merancang untuk menyerang objek penting, kawasan sibuk termasuk balai polis," kata Agus Rianto kepada wartawan.
"Kami juga mendapatkan maklumat bahawa suspek itu dengan seorang pengganas IS di Syria kini merancang menyerang Singapura melalui Batam."
Keenam-enam mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan Bahrun Naim, sebuah pertubuhan Indonesia yang berjuang untuk IS di Syria.
Naim dipercayai menjadi dalang utama serangan pada Januari lalu di tengah Jakarta yang mengorbankan lapan orang termasuk empat penyerang.
Batam terletak di selatan Singapura. - Reuters
05 Aug, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?