Netizen Kecam Tindakan Individu Masih Hasilkan Video Bakar Biskut Kononnya Ada Plastik


Sebelum ini sudah berkali-kali video kononnya mengkaji kandungan di dalam biskut yang didakwa dicampur plastik untuk membuatkan biskut berkenaan tahan lama.

Rata-rata eksperimen yang dijalankan hanya menggunakan api di mana pendapat mereka jika biskut itu menyala terbukti ianya dicampur dengan plastik.

Terbaru tersebar pula sebuah video yang menjadi perbualan hangat hari ini di mana beberapa biskut jenama terkena telah dibakar dan kononnya ada plastik kerana menyala.


Sekolah mana mereka belajar ni?

Sebelum ini tersebar video kononnya keropok dari Kelantan dan Terengganu menyala apabila dibakar, maka mulalah timbul tuduhan keropok berkenaan mengandungi plastik, tapi video berkenaan telah dipadam selepas dikecam ramai.

Perlu diketahui makanan yang diperbuat dari sumber karbohidrat seperti gandum, beras dan oat merupakan sumber tenaga dan menghasilkan kalori jadi makanan, jadi jikaa berkarbohidrat tinggi akan menghasilkan karbon dan terbakar.

Selain itu peroduk berkenaan ditambah dengan sumber lain seperti minyak sayuran(lemak) dan bahan-bahan lain yang menghasilkan karbon apabila dibakar dan merupakan sumber tenaga jadi memanglah mudah menyala.

Jangan kata biskut, kepala ikan goreng pun meyala kalau dibakar sebab ada minyak.


Jadi, takkan kepala ikan yang korang masak sendiri tu dicampurkan plastik?

Berikut adalah reaksi netizen.


- Siakapkeli.my

firdausishak 29 Jul, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?