Ketika pasangan lain sedang sibuk mengambil gambar di hari perkahwinan mereka, satu pasangan dari Anhui, China ini akhirnya berpeluang mengambil foto perkahwinan selepas 80 tahun berkahwin.
Song Qinglin, 102, dan isterinya, Song Lishi, 99, sudah berkahwin sejak 1936 dan sangat miskin ketika itu.
Majlis perkahwinan mereka pada tahun 1936 hanya dibuat secara kecil-kecilan dimana mereka hanya menyediakan 3 pinggan makanan sahaja untuk tetamu.
Pada 23 Julai yang lalu, pasangan itu akhirnya berpeluang untuk mengambil gambar perkahwinan mereka yang mana kemudian tersebar di laman-laman media sosial di China.
Menerusi foto-foto yang tersebar, kelihatan Li, yang memakai baju serba putih manakala Song, memakai baju tradisional China, Changshan berwarna merah.
Lebih mengharukan, proses penggambaran pasangan itu dibantu oleh berpuluh-puluh sukarelawan yang mahu melihat hajat kedua pasangan itu tercapai.
Pasangan itu mempunyai enam anak, lima cucu, dan empat cicit. Kesemua mereka tinggal dalam satu bumbung. - Siakapkeli.my
Sumber : Dailymail
firdausishak 27 Jul, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?