PETALING JAYA, 18 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berkaitan isu pembelian rumah banglo oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menerusi satu kenyataan, SPRM berkata pihaknya telah merakam keterangan pengadu berhubung isu tersebut.
"SPRM ingin menjelaskan bahawa kes berkaitan pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini.
"Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian," menurut kenyataan itu sebagaimana lapor FMT.
Isu pembelian banglo itu terbangit setelah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Parlimen melahirkan rasa khuatir pembelian rumah itu terkait dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang dimaksudkan untuk projek rumah kos rendah. - Siakapkeli.my
Roti Tisu 18 Mar, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?