KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM240juta apabila membatalkan 744 biasiswa kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara, lapor Sinar Harian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melalui dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, sehingga kini jumlah pelajar yang belajar di luar negara di bawah tanggungan kerajaan adalah seramai 7,736 orang.
"Purata kos perbelanjaan kerajaan untuk seorang pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk setiap tahun adalah berbeza mengikut negara dan bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar," katanya menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).
Teresa sebelum ini telah bertanya anggaran jumlah kos yang dijimatkan apabila kerajaan membatalkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan jumlah pelajar serta kos terlibat.
Azalina turut menerangkan bahawa kos penajaan bagi seorang pelajar dalam negara adalah antara RM10,350 hingga RM12,690 setahun manakala bagi tajaan pelajar ke luar negara pula antara RM38,115 hingga RM277,515. - Siakapkeli.my
firdausishak 18 Mar, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?