Guru Rebah Meninggal Dunia Selepas Berucap Di Perhimpunan


BANDAR BAHARU: Seorang guru yang mengadu sakit kepala dan berhenti berucap di dalam perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk Buntar, dilaporkan telah rebah dan meninggal dunia semalam, lapor Sinar Harian.

Guru tersebut, Suzana Ishak, 48, telah membuat ucapan permulaan di hadapan murid-murid ketika perhimpunan sebelum menyerahkan pembesar suara kepada guru lain untuk meneruskan ucapan dalam perhimpunan itu.

Pengetua SMK Lubuk Buntar, Azaman Abdul Rahman berkata, hari ini guru berkenaan datang awal ke sekolah dan memaklumkan dia bertugas pada minggu ini untuk memberi ucapan permulaan pada perhimpunan.

"Pada jam 7 pagi, arwah sudah sampai ke sekolah dan sempat memberitahu bahawa dia bertugas minggu ini.

"Arwah juga sempat meminta semua pengawas perpustakaan supaya tunggu selepas selesai perhimpunan hari ini dalam ucapannya itu," katanya. - Siakapkeli.my

Cikgu Suzana dua dari kiri

Roti Tisu 21 Mar, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?