PUTRAJAYA, 18 Mac - Sekumpulan geng motosikal hari ini menyerbu pejabat mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya selepas solat Jumaat pada hari ini.
Kehadiran geng tersebut adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada program Penyerahan Memorandum Menolak Deklarasi Rakyat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad Bersama Pakatan Pembangkang terus ke tangan Mahathir di Yayasan itu petang ini.
Lapor Sinar Online, program terbabit dianjurkan oleh beberapa NGO yang dipercayai NGO pro kerajaan.
Salah seorang dari penunggang motosikal yang ditemubual oleh Sinar Onlien tadi berkata dia datang dari Gombak.
"Adalah dalam 40 buah motor bang," katanya.
Sementara itu, pegawai Yayasan Kepimpinan Perdana berkata Mahathir tiada di pejabatnya. - Siakapkeli.my
Berita lanjut menyusul...
firdausishak 18 Mar, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?