"Berhenti Sebarkan Gambar Dan Fitnah Pekerja Suami Saya"


Sejak semalam tersebar di laman sosial kelibat dua orang lelaki yang kononnya membawa parang untuk merompak berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan mewah Aman Perdana, Meru, Selangor.

Gambar berkenaan ternyata mendapat perkonsian ramai dan rata-rata mereka menyebarkan gambar tersebut sehingga menjadi viral.

Namun, selepas gambar berkenaan tersebar, seorang wanita bernama Lela Balqis melalui laman Facebooknya telah tampil menafikan dakwaan penyebar berita berkenaan.

Beliau meminta agar semua pengguna media sosial supaya menghentikan tindakan memviralkan gambar tersebut kerana mereka bukannya perompak seperti didakwa.

"Mereka ini adalah pekerja suami saya di mana mereka bekerja dengan kontraktor pembersihan di kawasan Aman perdana."

"Kerja mereka adalah potong dan cantas pomok bunga, mereka membawa alatan(parang) itu untuk melakukan kerja bukan melakukan jenayah seperti didakwa."

"Mereka memang bekerja setiap hari di kawasan itu dan sekrang mereka sudah jadi takut untuk keluar bekerja, kesian sangat kepada merekam saya harap semua dapat berhenti atau padam gambar berkenaan yang telah dikongsi, Terima Kasih," tulis puan Lela Balqis di laman Facebooknya. - Siakapkeli.my

Roti Tisu 15 Mar, 2016

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?