Hafizah Sebagai Ikon Belia : "Saya Akan Calonkan" - KJ

Hafizah Sebagai Ikon Belia : "Saya Akan Calonkan" - KJ

23 Feb - Baru-baru ini, nama Malaysia diharumkan dengan penglibatan seorang pelajar PhD dari Malaysia Hafizah Noor, dalam membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Einstein kira-kira 100 tahun lepas.

Kejayaan itu mencetuskan cadangan dari pelbagai pihak agar Hafizah, 29, dicalonkan sebagai ikon belia.

Kini, cadangan tersebut turut dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ yang berkata dia sendiri akan mencalonkan Hafizah.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Asrul Asfar, bertanyakan kepada KJ samada kerajaan ada merancang untuk mencalonkan Hafizah sebagai ikon belia.

Tweet tersebut mendapat perhatian dari KJ yang berkata beliau sendiri akan mencalonkan Hafizah :
"Satu idea yang bagus. Anugerah biasa diberi pada Hari Belia bulan Mei. Saya akan calonkan.", kata KJ.

Selain itu, KJ juga turut menjelaskan tentang pengertian 'ikon belia' apabila ditanya mengenai kriteria yang diperlukan untuk menjadi salah satu darinya.
"@Khairykj @asrulmm @KBSMalaysia Yb selalunya apa kriteria untuk dipilih sebagai "ikon belia"?", tanya pengguna Twitter Aizie Suib.
KJ kemudian menjawab : "Itu gelaran tidak rasmi diberi kepada penerima Anugerah Khas Hari Belia Negara tiap2 tahun. "

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?