Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27. Pasti sudah ramai yang mendapat khabar baik untuk meduduki peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini. Berikut adalah sedikit sebanyak perkongsian mengenai jawatan ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia

Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM - RM1,367.00 
GAJI MAKSIMUM - RM5,098.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN - RM145.00

Syarat Lantikan:
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :
i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.

*menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Sudahkah anda bersedia? Adakah anda sudah mempunyai rujukan untuk menjawab soalan peperiksaan itu nanti? Kepada calon yang berminat untuk mendapatkan panduan khas lulus peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27 ini, boleh lah klik pada pautan di bawah untuk mendapatkannya :

Panduan Lulus Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

Dalam panduan tersebut tersedia pelbagai jenis soalan dan skema jawapan untuk memudahkan anda menjawab soalan peperiksaan itu nanti. Semoga anda berjaya dan lulus dengan cemerlang sekaligus menjawat jawatan yang ditawarkan. 

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?