Ranking Universiti Terbaik Malaysia dan Dunia 2013/2014

Ranking Universiti Terbaik Malaysia dan Dunia 2013/2014 | Universiti Malaya terus unggul dalam carta ranking universiti terbaik Malaysia walalupun jatuh 11 anak tangga dalam ranking dunia sekaligus menewaskan lebih 2,000 universiti lain di seluruh dunia.


Ranking Universiti Terbaik Dunia 2013/2014
Ranking Universiti Terbaik Dunia 2013/2014

Ranking Universiti Terbaik di Malaysia Terkini 2013/2014

UM merupakan universiti yang berada di ranking tertinggi di negara ini berada di tempat ke-167 dalam 200 universiti secara keseluruhan, walaupun jatuh 11 tangga berbanding 2012.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara kesemuanya telah jatuh dalam dari segi ranking tahun ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat tiga anak tangga, dari tempat 358 pada tahun 2012 kepada 355 pada statistik yang dikeluarkan di atas.

Penurunan kedudukan UM itu mencerminkan persaingan global yang semakin meningkat di kalangan universiti yang bersaing untuk mendapat kedudukan antara universiti terkemuka dunia.

Rahsia UM ialah memberi penekanan kepada pengukuhan hasil penyelidikan dan bekerjasama rapat dengan institusi terkemuka seperti Universiti Harvard, Massachusetts Institute of Technology dan Universiti Oxford.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?