Ketahui Jenis Scam Bisnes Yang Merugikan Anda

Ketahui Jenis Scam Bisnes Yang Merugikan Anda | Seperti mana yang kita tahu, sekarang dah ada banyak sangat jenis website yang menawarkan keuntungan yang lumayan tanpa kita sedari sebenarnya kita kena tipu dengan helah mereka. Bagaimana?


Jenis atau Ciri-ciri Website Scam
Ketahui Jenis Scam Bisnes Yang Merugikan Anda

Jenis atau Ciri-ciri Website Scam

Perkara yang paling penting anda perlu tahu ialah rezeki itu tidak akan datang bergolek kalau anda tidak berusaha. Cara rezeki itu diperoleh juga perlu diambil kira sama ada melalui cara yang halal ataupun sebaliknya. Antara perkara penting yang perlu diketahui umum :

  1. Tiada istilah duduk diam dapat duit! 
  2. Tidak menggunakan cara yang salah untuk meraih keuntungan.
  3. Tiada istilah pelaburan yang menjamin keuntungan.
  4. Tiada istilah double triple money, sistem piramid ataupun one way komisen di mana untung diperoleh daripada hasil penajaan downline semata-mata.
Semua yang aku nyatakan ini adalah daripada pengalaman aku sendiri dalam dunia bisnes internet selama beberapa tahun. Dan kini boleh dikatakan aku dah boleh kenal dah macamana website scam dan bukan scam.

Bercerita mengenai pengalaman aku sendiri, aku pernah TERTIPU dengan satu website pelaburan dengan membeli lot-lot mengikut harga yang ditetapkan dan DIBERIKAN pulangan mengikut plan pemasaran mereka.

Ya, aku memang merasai pulangan seperti yang dijanjikan tetapi hanya pada permulaan bisnes mereka ini sahaja. Dipenghujungnya nanti, alasan yang diberikan adalah bisnes sudah tidak berkembang maju dan tidak berjalan seperti dahulu lagi jadi jualan tidak dapat dilakukan dan tiada untung untuk diberikan kepada pelabur sekalian.

Apa tujuan mereka memberi pulangan pada peringkat awal? Soalan yang bagus! Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meraih kepercayaan para pelabur UNTUK MELABUR DENGAN LOT YANG LEBIH BESAR dan MEMPROMOSIKAN KEPADA ORANG LAIN!

Apabila sudah ramai yang mempercayai bisnes scam ini, mereka akan menghilangkan diri dengan pelbagai alasan dan karenah yang akhirnya hanya menelan duit anda semua.

Ketika ini, anda :
  1. Mintalah seberapa banyak sekalipun, 
  2. Anda hantarlah seberapa banyak mesej kepada pemilik syarikat tersebut, 
  3. Buatlah beberapa kali panggilan sekalipun,
  4. Hubungilah di facebook fanpage support, website support,
Pasti alasan yang diberikan itu bisnes sudah tidak berjalan dan si dia sudah tidak masuk campur kerana sudah lepas tangan kerana 'dipecat!''. 

Taktik ini tampak seperti bukan scam kerana ianya seolah-olah logik pada pemikiran kita walhal kita sebenarnya tertipu!

Apa kesudahannya? Anda akan mengalami kerugian, anda akan menyesal seumur hidup jika anda kerugian besar dan tidak mendapat pulangan apa-apa, habuk pun nasib-nasib je dapat.

Aku tidak boleh menghalang anda daripada terus terjebak, aku hanya memberikan pendapat aku berdasarkan pengalaman aku SELEPAS aku lawati laman web promosi bisnes tersebut dan aku YAKINI ianya scam!

Apa yang menyedihkan aku apabila aku menegur secara baik, ada yang tidak menerima malah mencerca dan memaki pula dengan melabel aku berfikiran sempit dan tidak akan maju.

Pakai BMW dulu, beli rumah besar dulu baru jumpa dengan aku kalau apa yang aku katakan selama ini salah. Faham? tak faham dah tak payah faham. haha.

p/s : ada yang tanya aku contoh bisnes scam, so contoh yang paling popular lah, Infinity DOwnline RM100 login facebook tu dengan Programme SkorA. Ini yang popular, kalau setakat yang cikai-cikai ni, faham sendiri la contoh website/pelan pemasaran dia.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?