Kelebihan dan Keburukan Subsidi. Renungkan.

Kelebihan dan Keburukan Subsidi. Renungkan. | Subsidi oh subsidi! Nak kata tak sokong tak boleh pasal ada kesan baik. Nak kata sokong seratus peratus pun tak kena juga sebab ada kesan tak baik. 

Kelebihan dan Keburukan Subsidi
Kelebihan dan Keburukan Subsidi


Kelebihan dan Keburukan Subsidi

Orang yang tahu sikit sebanyak hal ekonomi tentu faham yang subsidi tak lestari iaitu tak boleh ditanggung sampai bila-bila. Dalam bahasa Inggeris, unsustainable. Masa negara banyak duit bolehlah kerajaan guna sebahagian hasil untuk bagi subsidi. 

Tapi bila hasil bumi negara makin kurang, pendapatan cukai turun, harga barang yang dibagi subsidi naik dan bilangan orang yang terima subsidi bertambah, susahlah nak kekalkan paras subsidi.

Berkenaan subsidi bahan petroleum, dah banyak kali bincang dan semua orang dah tahu yang harga minyak mentah dunia mahal sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedangkan bilangan kenderaan di jalan raya kita meningkat. 

Yang jadi masalah adalah banyak lagi orang di dunia yang bergantung kepada subsidi. Kerajaan pula bergantung kepada subsidi untuk dapat undi dan untuk kekalkan keamanan.

Ada banyak negara bila kerajaan tarik balik atau kurangkan subsidi, rakyat tak cukup makan. Mereka buat tunjuk perasaan sampai ada yang mati. Contohnya Mesir. Sebelum kerajaan awam Presiden Dr Mohamed Morsi jatuh akibat campur tangan tentera telah peruntukkan AS$3.85 bilion (kira-kira RM12.65 bilion) sebagai subsidi makanan tapi rancang kurangkan kadarnya kerana masalah kewangan.

Di negara itu, purata pendapatan hanyalah RM6.57 sehari dan rakyat dibagi subsidi.Aku sendiri tak tahu yang mana lebih penting bagi orang Mesir, roti, demokrasi, Morsi atau Jeneral Abdel Fattah al-Sisi?


Agihan subsidi biar adil

Satu lagi yang kita kena tahu, ada jenis-jenis subsidi yang tak adil sebab orang yang tak patut dibantu pun dapat juga. Ambil contoh subsidi petroleum kita. Kerajaan selalu kata tujuannya nak bantu orang susah dan nak kurangkan inflasi. 

Betullah orang susah yang pakai motosikal dan kereta Kancil dapat faedah bila harga petrol murah. Tapi tauke dan orang besar yang pakai kereta 4,000cc atau 5,000cc pun dapat juga.

Orang susah yang pakai motor dan Kancil dapat sikit. Orang kaya yang pakai Mercedes, BMW dan Hummer dapat banyak. Rasa Aku rasa tak adillah walaupun cukai kereta besar lebih mahal. 

Tapi itulah hakikat subsidi minyak kita. Bila kerajaan tarik balik atau kurangkan subsidi, kerajaan jimatkan duit tapi harga barang dan tambang naik. Jadi wajiblah duit yang dijimatkan itu digunakan dengan baik dan sama rata. Jangan tumpu di bandar-bandar saja. Orang kampung pun kena jaga.

Satu hal lagi, bila harga barang dan tambang naik kerana harga petrol dan diesel naik, inflasi pun naik juga. Nilai duit dan kuasa membeli turun. Sekarang lagilah susah sebab nilai duit kita merosot berbanding banyak mata wang utama dunia di pasaran tukaran mata wang.

Sebab itulah pengurusan ekonomi, mata wang, percukaian dan belanjawan kerajaan perlu mantap. Bukannya apa, nampak macam ada banyak unsur pembaziran dan kesilapan memperuntukkan sumber kewangan yang terhad oleh kerajaan dan sektor swasta.

Masa ekonomi kita merosot dan Tun Daim Zainuddin jadi Menteri Kewangan dia jimat. Dia potong gaji menteri dan gaji pegawai tinggi kerajaan. Ada yang marah, tapi kita terselamat, ekonomi kita pulih dan berkembang semula.

Betullah Daim jimat dan kedekut. Tapi dia jimat dan kedekut bersebab. Nombor satu bukan duit dia. Nombor dua dia benci pembaziran sebab dia datang daripada keluarga susah dan pernah hidup dalam kemiskinan.

Tapi ini tak bermakna orang yang datang daripada keluarga kaya dan hidup senang tak perlu atau tak boleh berjimat cermat, lagi-lagilah kalau duit itu duit negara dan duit rakyat jelata.

Bimbang harga petrol naik lagi

Yang orang marah dan pertikai dalam hal kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini, kerana kadarnya besar dan berlaku sebaik saja lepas pilihan raya umum. Mereka takut lepas ini ada lagi yang naik. 

Hakikatnya, kalau orang makan gaji susah akibat kenaikan harga minyak, orang berniaga dan kerja sendiri lagi susah. Lebih-lebih lagilah yang berniaga kecil-kecilan. Bukan semua boleh naikkan harga atau sanggup tipu pengguna.

Tapi yang tipu pun banyak. Tak payah tunggu kerajaan naikkan harga minyak. Ada saja cara dan alasan tipu. Mereka tipu mutu barangan, tipu timbang, tipu ukur dan tipu kira. Waktu hujan mereka salahkan hujan, masa kemarau mereka salahkan kemarau. 

Maaf cakaplah, tapi aku rasa di negara kitalah peniaga paling kuat menipu. Cuma kita tak tahu, tak nampak atau tak ambil berat.

Nak bagi nasihat pun susah. Sokong salah, tak sokong salah. Tapi kita semua terpaksa hadapi kenyataan bahawa lambat laun kita terpaksa belajar hidup dengan tidak ada subsidi atau kita teruskan subsidi untuk tujuan tertentu saja.

Kita kekalkan subsidi yang boleh jana ekonomi secara lestari macam subsidi pelajaran dan pengeluaran makanan. Subsidi gula untuk kilang tak payahlah.

Kurang gula hidup kita tambah sihat. Subsidi kepenggunaan atau consumption subsidy kita kena kurangkan peringkat demi peringkat. Wallahualam.


**diadaptasi daripada berita harian.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?