Hello SEO!
Penggunaan Keyword Yang Salah
Permainan ini tampak aneh sekali sebab biasanya kita target kepada keyword yang sememangnya panas dan menjadi carian pengguna di internet.
Apa yang menariknya di sini ialah kita menggunakan keyword yang salah TETAPI hampir serupa seperti mana yang menjadi carian orang di carian google engine. Ini membolehkan artikel korang itu berada pada carian yang lebih tinggi di ranking carian google dek kerana persaingan yang lebih rendah.
Keyword Proton Suprema S
Berdasarkan ekperimen yang aku buat baru-baru ini, aku telah menggunakan keyword "Proton Suprema S" dan bukannya "Proton Suprima S" dalam entri aku tempoh hari.
Kesilapan hanya pada satu huruf sahaja tetapi memberi impak yang cukup besar pada ranking google. Hasilnya memang agak menggalakkan untuk keyword blog picisan aku hari ini berdasarkan pada statistik Nuffnang.
Namun, teknik ini adalah tidak berapa digalakkan sangat kerana jika tersalah keyword boleh membaca kepada maklumat yang salah kepada pengguna. Mungkin pengunjung yang datang itu mempercayai nama sebenar kereta ini ialah Proton Suprema S dan bukannya Proton Suprima S.
Oleh itu, aku dah tukar balik keyword artikel tempoh hari kepada keyword yang betul selepas menyedari kesilapan tersebut.
Cerita yang sebenar di sebalik artikel ini dikeluarkan adalah kerana aku memang tersilap guna keyword itu tempoh hari. Tapi lepas publish baru perasan yang aku tersilap menggunakan keyword itu. Haha.
Namun tidak menyangka dalam masa yang sama aku mempelajari sesuatu yang berguna untuk dikongsi bersama korang semua. Semoga berjaya untuk mencuba tetapi agak berbahaya kerana boleh tersilap bagi fakta dan menjadi auta.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?