Gua kusut ni bhaii..
Ketahui Skop Pembaca Blog
Aku tak rasa yang korang akan pening kepala untuk menulis kalau korang tahu apa yang pembaca korang mahukan. Ini bergantung kepada niche blog korang tersebut.Sebab itu perlunya korang menetapkan niche blog korang tersebut sebelum korang setup domain, apa yang korang perlu tulis dan sebagainya.
Nampak mudah, tapi kebiasaannya kita akan temui niche blog kita selepas kita menulis padahal itu adalah perkara yang salah.
Itulah sebabnya penting untuk mengatasi kekeringan idea korang nanti. Antara tips penulisan blog korang tersebut ialah :
- Tetapkan domain, sesuai dengan niche yang korang pilih.
- Tulis berkaitan niche korang tersebut, kalau boleh berkaitan tips dan informasi yang tahan lama, sekurang-kurangnya trafik korang itu tetap maintain dengan permainan SEO long term.
- Pelbagaikan penulisan tersebut, menarikkan penulisan dengan kaitkan isu semasa sekali gus boleh menjana trafik dengan SEO short term dengan info panas semasa.
- Review artikel, produk mahupun iklan yang berkaitan niche blog korang tersebut. Lebih baik yang menyediakan program affiliates, setidaknya boleh menjana komisen jika berlaku sales.
Aku rasa cukup beberapa tips untuk entri kali ini. Jadi jangan biarkan blog korang tersebut bersawang dek kerana tidak diupdate, takut dilupakan terus oleh pengunjung setia blog korang.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?