Waspada Servis Like Facebook Scam!

Waspada Servis Like Facebook Scam! Servis like facebook sememangnya menjadi kegilaan ramai terutamanya mereka yang menjalankan bisnes online. Tetapi kini terdapat segelintir manusia yang mengambil jalan mudah dengan menipu pelanggan mereka.

Waspada Servis Like Facebook Scam!
Waspada Servis Like Facebook Scam!

Sedar atau tidak, kini terdapat banyak servis like fanpage tidak kiralah di carian google engine mahupun di laman sosial facebook itu sendiri.

Tidak dinafikan bilangan like yang banyak adalah bagus bagi sesetengah orang untuk melebarkan lagi bisnes mereka secara online. Tetapi segelintir orang juga bijak menipu mereka dengan kononnya menyediakan servis like facebook fanpage dengan kadar yang murah.

Bahaya Berurusan Dengan Orang Yang Tidak Dikenali

Anda berurusan dengan orang yang memang tidak pernah anda jumpa dan dengan mudah sekali memberikan wang anda dengan cara Bank In Transfer atau pun Cash Deposit tanpa usul periksa.

Ini biasanya berlaku kepada mangsa yang inginkan servis like sehingga sanggup mengeluarkan modal berates malah beribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan like. Bagaimana jika like itu tidak diberikan kepada anda sedangkan wang sudah dibayar?

Hakikatnya, anda dengan mudah ditipu! Aku melebel orang yang mudah sangat berurusan dengan orang yang baru dikenali ini dan sewenang-wenangnya memberikan wang adalah sangat bodoh kerana terlalu percaya dengan kata-kata mereka.

Mungkin kata-kata aku ini agak kasar tetapi biarlah ianya menjadi ubat ataupun pengajaran dan peringatan yang paling berguna kepada anda semua termasuk aku sekali.

Macamana Nak Kenali Perkhidmatan Scam Ini?

Ini adalah soalan yang bagus. Banyak orang terlepas pandang dengan perkara penting ini. Sebagaimana kita berurusan dengan orang lain dalam urusan jual beli, sebaiknya :

1. Kenali dengan siapa anda berurusan! Ini sangat penting kerana orang yang menyembunyikan identity mereka ini biasanya sukar untuk anda hubungi kelak.
2. Dapatkan contact detail yang lengkap. Kalau boleh dapatkan nombor telefon sekali supaya anda dapat berbicara dengan mereka. Jika mereka benar dan boleh dipercayai, pasti anda tahu bagaimana layanan mereka terhadap anda.
3. Pastikan ada Money Back Guaranttee! Jangan percaya dengan kata-kata sahaja. Sebaiknya jangan buat bayaran penuh selagi kerja belum selesai.


Okay, aku pasti kalau tips di atas ini dipatuhi, anda pasti tidak akan tertipu dengan scam facebook like fanpage ini. Aku tak paham macamana mereka ini boleh seronok makan duit haram.


SUMPAH DUIT ITU TAK HALAL DAN NANTI KORANG AKAN DITUNTUT DI PADANG MASYAR!

Orang yang menipu ni licik! Mereka akan menggunakan pelbagai trick yang akan membuatkan anda percaya dengan kata-kata mereka. Contohnya :

1. Mereka sanggup memberikan detail, facebook user account, dan mungkin menukar gambar kepada gambar seorang perempuan dengan anak di sisi supaya anda mempercayai mereka tidak menipu.

2. Mereka berpura-pura kononnya memberikan komitmen untuk servis mereka sehingga meminta untuk menjadi admin page anda, tetapi selepas bayaran dilakukan mereka tidak melakukan apa-apa dan senyap macam orang bisu.
m
Ini adalah antara kes yang aku sendiri jumpa dan cerita daripada apa yang aku baca. Aku harap sedikit sebanyak aku membantu orang diluar sana supaya lebih berhati-hati ketika berurusan jual beli di alam maya ini.

Sebagai sesama manusia, aku kongsikan entri ini dan berharap ianya memberi manfaat kepada korang semua. Tidak kiralah servis like fanpage ke bisnes online ke, Ingat! Jangan mudah mempercayai orang yang anda tidak kenali.


0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?