Ketahui Skop Pembaca Blog Anda

Ketahui Skop Pembaca Blog Anda | Perkara yang paling penting dalam dunia blogging ini ialah mengetahui skop pembaca blog ataupun penulisan korang tersebut. Skop pembaca blog korang ini menentukan hala tuju blog korang sebenarnya. 

Ketahui Skop Pembaca Blog Anda
Rajin tak saya? 

Okay sebagaimana yang korang semua tahu, setiap penulisan memainkan peranan dalam menarik minat pembaca. Tak mustahil penulisan yang bagus boleh menjadi returning visitor ataupun pembaca tetap di blog korang.

Dalam penulisan jugak korang perlu tahu skop pembaca blog korang dan berapa luas pembaca tersebut. Kat sini aku kongsikan beberapa skop pembaca yang korang perlu tahu supaya korang dapat target readers blog korang nanti.



Skop Pembaca Blog Anda dan Pemilihan Niche


Blog Berita

Blog yang berkisarkan tentang informasi semasa ini memang hangat dan menjadi carian orang ramai. Memang trafik korang mencanak gila-gila lahh. Tapi korang kena sedar kalau korang tak update untuk beberapa hari, blog korang akan mati kerana tiada update cerita baru yang menjadi carian pengunjung.

Dekat sini trafik boleh korang perolehi dengan mengaplikasikan teknik SEO Short Term supaya ranking entri korang itu berada pada posisi lebih baik dalam carian engine dan menjana trafik organic beribu-ribu.

Blog Tips

Tidak kiralah tips apa yang korang kongsikan, pembaca blog korang sudah pasti datangnya daripada cerita atau tips yang korang kongsikan. Memang pembaca daripada niche seperti ini tidaklah begitu banyak tetapi entri korang itu biasanya tahan lama!

Dalam hal ini, SEO Long Term menjadi penyumbang trafik kepada blog korang. Trafik ini jugak biasanya datangnya daripada carian engine Google, Yahoo, Bing etc dan jugak dikenali trafik organic. Trafik organic sememangnya diminati mana-mana syarikat pengiklanan kerana status New/Unique Visitor.



Pilihan Yang Mana Menjadi Pilihan Anda?


Tepuk dada Tanya diri korang. Jikalau korang mempunyai komitmen dan masa yang secukupnya, maka SEO Short Term memang yang terbaik. Dengan trafik yang boleh mencecah beribu-ribu, earnings korang nanti pastinya berbaloi dengan usaha korang tu nanti.

Tapi bagi aku sendiri, aku lebih suka balance kan antara SEO Short Term dan SEO Long Term supaya trafik blog korang tu nanti boleh maintain walaupun korang tak update untuk beberapa hari.

Strategi aku? Mungkin sekarang aku kongsikan tentang tips dalam blogging untuk setahun dua sebelum aku berubah kepada entri yang lebih membuka minda tentang informasi terkini pada masa akan datang.


p/s : kalau korang nak tahu, blog forblogger.net yang dimiliki oleh saudara Shah Danial, pembuat thesis theme for blogspot sentiasa menjadi idola aku. Teringat Adsense dia cecah 2k dalam masa dua minggu!


0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?