Perlu Ke Mengarut Dalam Penulisan Blogging?

Perlu ke mengarut dalam penulisan blogging | Rata-rata mengiyakan teknik penulisan dalam blogging. Penulisan yang baik memang bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Korang perlukan pengalaman yang banyak terutama sekali dalam pembacaan blog orang lain.

Perlu Ke Mengarut Dalam Penulisan Blogging?

Perlu Ke Mengarut Dalam Penulisan Blogging?

Tulis Syok Sendiri Pun Susah Jugak

Yang ini memang aku pun setuju! Korang tulis tu nak orang baca atau memang untuk private blog korang je? Haa tetiba aku macam nak hangin ni.

Aku takda la bagus sangat nak mengajar orang dalam penulisan ni tapi aku tulis berdasarkan pemikiran aku, apa yang aku rasa idea aku ni boleh dikongsi dengan orang ramai dan bermanfaat untuk diorang.

Kalau perasan aku tak update dalam beberapa hari tu maknanya aku tak ada idea yang bernas untuk dikongsi la dengan korang. Bak kata bro Hasrul Hassan, “fikirkan adakah penulisan kita hari ini memberi manfaat kepada orang lain ataupun hanya sia-sia sahaja.” 


Lebih kurang gitu lah ayat dia.


Penulisan Dengan Jiwa

Fuyoo penulisan dengan jiwa, Nampak ayat tu? Korang mesti sinonim dengan ayat di atas ni daripada Encik Titan “Si kacak bergaya berduit dan kaya makan cendol adalah kegemarannya”. Satu ayat yang lengkap aku rasa untuk mendefinasikan siap itu encik Titan.

SEO Merah Jambu juga semakin ramai digunapakai oleh blogger-blogger terutamanya kat Malaysia ni untuk menjana sales dengan program affiliates.

Sejauh mana keberkesanannya? Nantikan Ebook SEO Merah Jambu daripada beliau. Mohon adakan sekali program affiliates. Gua orang pertama buatkan promosi nanti. Hahahaha.


Hakikatnya, tips dalam penulisan ni sebaiknya :

1. Gunakan tulisan penuh bagi setiap patah perkataan untuk memudahkan pembacaan. Elakkan penggunaan short-form.

2. Penulisan dengan cara yang santai, jangan lah nak skema sangatt. Bukan buat esei nak bagi cikgu macam time sekolah dulu.

3. Saiz font, jenis font dan kaler yang digunakan biarlah sesuai dengan template ataupun design blog masing-masing supaya ianya mesra pada pandangan.


Okay cukup lah tips untuk diamalkan. Ini antara perkara basic dalam blogging. Memandangkan usia domain ni pun baru mencecah setahun jagung, penulisan aku ni pun selari dengan usia blog ibarat baru habis darjah satu.

Ingat! Penulisan adalah tunjang dalam dunia blogging, tak mahir SEO pada peringkat awal tak mengapa yang penting ayat korang tu cukup hebat untuk memukau pembaca.

p/s : kejap, pembaca blog aku ni semuanya ada blog ke eh? Atau hanya silent readers yang mahu tambah ilmu dulu baru buat blog? Kompius aku.


0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?