Mengapa ini berlaku?
Daripada sumber yang aku dapat daripada Facebook dan Twitter, katanya tiket yang dijual itu berlebihan daripada jumlah tempat duduk yang disediakan.
Aku pun tak berapa paham dengan pihak pengurusan yang menguruskan penjualan tiket ni sebab aku sendiri tak mahir bab ni.
Apa yang menghairankan aku ialah macamana tiket boleh terlebih jual? Maksud aku bukan masalah penjualan tapi lebih kepada jumlah tiket yang dicetak. Bab penjualan tiket memang masalah ulat tiket ni memang bersepah la tak payah aku nak cerita panjang lagi.
Masalah Cetak Berlebihan. Siapa punca?
Okay ni soalan yang bagus. Aku tak rasa tiket yang sah itu mudah sangat nak dicetak rompak. Berdasarkan pengalaman aku sendiri masa tengok final Piala FA 2011 kalau tak silap aku, tiket yang sah yang aku beli kat Bukit Jalil tu ada code keselamatan dia. Tapi tak tahu la kalau tiket yang dijual tempoh hari tu sakai-sakai je.
Kalau rasa nak untung sangat pun tak perlu la aku rasa nak jual tiket berlebihan dan menipu orang yang beli tu. Kesian kott. Ingat duit tu halal ke? Sekarang memang korang seronok laa kaya tapi nanti kat akhirat jawab lah sendiri. Cukuplah dengan ulat tiket yang meletak harga yang tinggi cekik darah tu. Demm!
Walaupun aku anak jati Johor, aku tak beratkan mana-mana pihak tapi kalau ikutkan kesian dekat penyokong JDT yang datang dari jauhh, dah la tak dapat tengok game pulak tu. Tambah lagi kena baling batu semua, diorang nak tengok bola je pun.
Masalah provokasi semua ni aku tak tau lah nak cakap sapa yang mulakan sebab aku sendiri tak berada kat stadium time tu. Tapi cuba la jadi professional sikit, setakat provok dan main saiko tu biasa laa, walaupun bola sepak Eropah pun main saiko tapi tak ada la sampai macam gini jadinya.
Dengar cerita perlawanan timba balik akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada sabtu ni 1 Jun 2013 ni. Perlawanan diadakan kat Bukit Jalil tu aku rasa sebab tiket dah beli jadi perlukan kapasiti stadium yang lebih besar kott.
p/s : Zaman sekarang nak tengok kucing berak kat stadium pun kena beli tiket.
Keputusan Penuh Johor Darul Takzim vs Pahang Piala FA 2013
Johor Darul Takzim 1 : 2 Pahang
*JDT layak ke final dengan kelebihan gol tempat lawan.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?