Buffered Earning Bulan Jun 2013

Buffered earning bulan Jun 2013 | Dalam diam Nuffnang mendengar isi hati aku yang memang dah lama kempunan nak rasa buffered earnings atau kini dikenali dengan CPUV Earnings. Bulan ini merupakan kali pertama bagi tahun 2013 aku mendapat buffered earnings.

Buffered earning bulan Jun 2013
Buffered earning bulan Jun 2013

Sekali dapat dua terus! Syok tu! Terima kasih nuffnang yang sudi memberikan sedikit imbuhan yang pada aku ini boleh menaikkan lagi motivasi kepada aku untuk terus berblogging.

Untuk pengetahuan korang, domain aku ni akan expired tidak lama lagi dan aku rasa boleh laa buat bayar domain nanti.

Kalau korang follow blog aku dari dulu, aku pernah cakap tentang kelebihan dan kekurangan platform Blogger dan Wordpress. Atas alasan yang aku sendiri tak dapat nak elakkan, aku terpaksa tangguh untuk memiliki blog berplatform wordpress. Ehh macam dah lari topic je dari tajuk yang aku nak tulis tadi. Maaf..

Apa rahsia CPUV Earnings?

Okay cerita balik CPUV Earnings ni, semua orang sedia maklum CPUV earnings ni memang menjadi idaman setiap blogger, nak lagi bila bertepek lama kat blog kita ditambah lagi dengan trafik mencanak! Memang mencanak jugak la earnings korang nanti.

Antara tips yang paling biasa orang kongsikan ialah :

1. Selalu update survey. Tak kira la biodata korang atau pun survey mengenai blog korang. Wajib dua minggu sekali paling tidak.

2. Bagi backlink do follow kat nuffnang. Mungkin ada antara korang terfikir yang pihak nuffnang bukan nampak pun tapi effect pada backlink network itu ada pada effect SEO.

3. Hantar tiket kat nuffnang. Yang ini aku tak pasti la tapi bila kita asyik complain tak dapat buffered earnings, mesti dia pun akan beri pertimbangan jugak kann.


Okay aku rasa cukup lah tips yang tak seberapa tu. Korang dah cuba buat semua ni tapi masih tak dapat? Come on! Aku pun makan bulan jugak nak dapat hang tauu! Hahaha. Kalau korang rasa berguna tips ni, boleh la share dengan kawan-kawan.

p/s : mood berblogging aku tak lari sebenarnya tetapi kesibukan antara kerja, sosial dengan kawan serta waktu aku berehat membantutkan aku untuk rajin mengupdate entri. blogwalking? lagi laa tak sempat. kesian kann.


1 comment... add one now

Batu akik Indonesia Batu akik Indonesia07 Ogos, 2015
Sederhana sekali tetapi sangat mengena dan memang itu yang harus di lakukan. Oke, terima kasih sudah berbagi dengan kita semua, salam kenal dari kami.

Bagaimana Pula Pandangan Anda?