Anak kucing berkepala dua


cat, kitten, janus, two face, ducey, america, youtube

Kelahiran anak kucing berkepala dua diberi nama Ducey di Amity, Oregon, Amerika Syarikat, baru-baru ini, turut mengejutkan pemiliknya, Stephanie Durkee. - AGENSI

OREGON 13 Jun - Seekor anak kucing yang mempunyai dua kepala atau 'Janus Cat' iaitu sejenis kecacatan kongenital, dilahirkan di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Pemilik anak kucing itu, Stephanie Durkee yang berasal dari Amity turut terkejut dengan kelahiran aneh itu.

Durkee berkata, dia kini menjaga kucing yang diberi nama Ducey itu sepenuhnya, termasuk memberikannya susu menggunakan picagari kerana ibu anak kucing tersebut tidak mahu menerimanya.

Jelas wanita tersebut, kucing itu turut ditempatkan di dalam sebuah laci almari yang dilapik dengan tuala bagi memastikan suhu persekitarannya sesuai.

Menurutnya, kucing berkenaan telah diperiksa oleh doktor haiwan dan disahkan sihat.

"Kelahiran Ducey disedari oleh anak-anak saya dan pada mulanya saya sendiri tidak mempercayainya, malah menyifatkan mereka hanya keletihan.

"Bagi saya itu adalah perkara gila dan tidak mungkin berlaku, tetapi apabila saya melihatnya sendiri, saya sendiri terkejut," katanya yang dipetik oleh DailyMail.

Pada Februari tahun lalu, seekor kucing berkepala dua dilahirkan di Port Charlotte, Florida, namun, anak kucing yang diberi nama Harvey Dent itu mati selepas dua hari dilahirkan.

Atas sebab faktor kesihatan, kucing berkepala dua biasanya tidak hidup lama dan Janus Cat paling tua pernah direkodkan hidup sehingga 12 tahun.

Kucing diberi nama Frank dan Louie itu turut mencatat rekod dalam Guinness Book of World Records pada 2011 sebagai Janus Cat paling tua pernah hidup. - AGENSI

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?