Tips Berjaya Dalam Peperiksaan

Tips Berjaya Dalam Peperiksaan | Memandangkan aku kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, kali ini aku nak kongsikan sedikit ilmu daripada apa yang aku pelajari sepanjang peperiksaan berlangsung. Tips yang korang memang takan dapat di mana-mana. haha.


Tips Berjaya Dalam Peperiksaan
Memohon restu Ibu dan bapa

Sebelum menjelang peperiksaan, anda seharusnya melakukan persediaan awal yang pada aku sendiri adalah sangat-sangat berguna. Kenapa? Sejak dari awal lagi, dengan persediaan yang cukup korang tidak akan merasa takut untuk menghadapi peperiksaan malah lebih yakin bila menjawab soalan nanti.

Tips Berjaya Dalam Peperiksaan

Permulaan awal pula tidak seharusnya merangkupi skop soalan yang korang rasa akan keluar tetapi korang kena cover semua tajuk yang ada dalam pembelajaran korang tersebut. 

Ini dinamakan post-mortem secara menyeluruh dan jangan terlalu fokus ataupun mengambil masa terlalu lama untuk membuat nota ringkas seperti ini.

Teori sahaja tidak mencukupi apatah lagi bagi subjek yang lebih mencabar seperti matematik, calculus dan physic yang sememangnya menggunakan banyak formula. 

Kemahiran dalam pengiraan bukan teori semata-mata tetapi haruslah dipraktikkan secara berterusan supaya korang biasa dengan bentuk soalan yang akan korang jawab nanti.

Untuk jenis soalan yang memerlukan ingatan dan kefahaman seperti Biologi, Understanding Islam dan sebagainya, aku galakkan korang baca semua dan fahamkan setiap bibit ayat tersebut. Kemudian, disertai dengan nota ringkas yang korang buat secara sambilan.

Teknik membaca dan menulis ini pada aku adalah sangat berkesan kerana setiap penulisan itu pasti akan terbayang-bayang ketika menjawab soalan peperiksaan itu nanti. 

Nota yang dibuat itu hendaklah secara ringkas sahaja sebagai hint untuk memudahkan menghafal dan mengingati keyword bagi jawapan korang nanti. Nota ini penting ketika pembacaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Akhir sekali ialah berdoa dan tawakal. Dalam agama kita sendiri ajar kita jangan terlalu yakin berjaya jika keputusan belum keluar. Berdoa dan terus berdoa sebab memang itu sahaja jalan terakhir sebagai persediaan menerima segala keputusan nanti.

Aku harap tips aku ini berguna kepada sesiapa sahaja yang bakal atau sedang menghadapi peperiksaan seperti aku. Walaupun agak lama aku tidak menulis dan pengunjung pun agak berkurangan, aku harap setiap penulisan aku ini memberi kesan positif kepada korang. :)

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?