curik dari encik google. hehe
Okay berbalik kepada cerita yang ingin aku kongsi ni, pembinaan backlink ni penting kerana tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menaikkan pagerank kita. Korang kena tahu yang backlink memang berkaitan dengan SEO ni.
Backlink Berkualiti
Selain mengoptimumkan On page dan Off page SEO template korang, korang kena tau jugak tentang backlink ni. Tentang apa itu backlink, jenis-jenis backlink dan sebagainya supaya korang tahu akan kepentingannya.Seperti yang aku pernah nyatakan dalam entri Backlink mempengaruhi kedudukan SERP, semakin banyak backlink sesebuah artikel itu, semakin tinggilah posisi artikel tersebut di carian google engine.
Suka jugak aku ingatkan yang backlink berkualiti jugak haruslah bersifat natural supaya google tidak menganggap backlink itu adalah spam yang boleh menghancurkan terus ranking anda di carian google. So amatlah aku nasihatkan jangan bermain dengan spam backlink yang bersifat tidak natural ini.
CommentLUV
Dalam masa yang sama, aku terfikir jugak. Ada baiknya bagi sesebuah blog memiliki comment intensedebate yang mempunyai plugin CommentLUV supaya mudah bagi mereka yang singgah di blog korang meninggalkan backlink mereka.Bukan ke kalau bagi backlink berkemungkinan akan meningkatkan bounce rate kita? YA! memang boleh meningkatkan bounce rate kita sebab visitor mungkin akan pergi ke blog orang lain dan meninggalkan terus blog kita. Setiap benda mesti ada pro dan contra dia. :)
Akan tetapi jika difikirkan kelebihannya, kita juga boleh meninggalkan backlink kita di blog-blog mereka juga. Di sini kita dapat lihat win-win situation. Dengan rangkaian sahabat blogger yang kita miliki sebenarnya kita membina satu network backlink yang natural, ditambah lagi dengan pagerank mereka yang memang dah tinggi.
aku rasa cukup sampai di sini entri aku. Harap dengan apa yang aku kongsi ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk korang semua. Mungkin pada entri SEO akan datang aku akan kongsikan bagaimana memasang CommentLUV pada blogger versi bahasa melayu.
Korang rasa patut tak pasang commentLUV ni? Huraian aku kat atas ni cuma sekadar perkongsian dari aku je. terpulang kepada korang nak guna ke tidak. Tapi apa yang pasti blogwalking memang boleh membina satu rangkaian backlink yang amat berkesan!
Bagaimana Pula Pandangan Anda?